Friday, February 16, 2024

Pewaris Raden Sunangiri | Al Fatihah

Pada sekitar 1980an, saya masih di bangku sekolah menengah. Ketika itu saya sering bertanya bonda, dari manakah asal usul saya, siapa nenek moyang saya dan apakah kaitan kita dengan kesultanan raja-raja Melayu Malaysia. Berikut sedikit biografi ringkas almarhum almarhumah nenda daripada leluhur ibu saya.

Che Sulaiman aka Tok Leman


Nama sebenar beliau ialah Raden Soeliman bin Abbas atau lebih dikenali sebagai Tok Leman di kalangan kami anak cucunya.

Ayahandanya, Abbas merupakan anak seni dan aktif dalam permainan wayang kulit.

Almarhum Tok Leman merupakan datuk atau nenda kami dan Ayahanda kepada Che Normah, anakanda sulung dan ibunda kami.

Almarhum sempat mendapat pendidikan tinggi di Perak hingga ke Darjah Tujuh atau Tingkatan 6 sekarang. Almarhum Tok Leman juga seorang yang pakar dalam sejarah Melayu, kesusasteraan Melayu, minat menulis dan arif dalam bahasa.

Almarhum Tok Leman telah mengembara dari Sumatera ke Perak semasa kecil bersama Bondanya Raden Mas Amah dan ayahandanya serta adik beradik yang lain.

Almarhum Tok Leman pernah menjadi salah seorang pembantu kepada DYMM Sultan Azlan Syah yang masih muda. Berkahwin dengan Syarifah (Che Su) binti Syed Mahmood (dipercayai sebagai Jamallullail).

Raden Soeliman atau Tok Leman ialah anakanda lelaki sulung Raden Mas Amah dan Abbas, salasilah darah kepada Adinegoro dan Brawijaya - yang juga mempunyai pertalian dengan Raden Muhammad Ainul Yakin melalui ibunya Dewi Sekar. Kadu - lebih dikenali sebagai Raden Sunan Giri - salah satu majlis 9 orang kudus di Jawa.

Kisah tentang Allahyarham Almarhum Raden Soeliman atau biasa kami panggil oleh anak cucu Tok Leman adalah salasilah yang diceritakan daripada ibu saya, anak sulungnya, Che Normah dan kepada saya Che Tetty Henney Zulkifli, cucunya sejak kecil.

Hanya pada awal tahun 2000-an, saya mempunyai kesungguhan untuk mencari dan mula mencari salasilah beliau. Terima kasih kepada En Nik Zafri Abdul Majid dan Haji Idris Alimuda atas usaha mereka yang mengambil masa lama untuk membantu saya.

Sumber: Geni.Com





Raden Mas Amah




Nama sebenar ialah Raden Mas Amah aka Che Puan Halimah

Almarhumah adalah bonda kepada Che Sulaiman. Lahir daripada keluarga bangsawan dan keluarga diraja Indonesia sebelah bonda dan ayahanda. 

Almarhumah adalah moyang kepada kami lebih dikenali sebagai Raden Mas Amah di kalangan ahli keluarga tanah kelahirannya di Indonesia. Almarhumah bersama suami telah berhijrah dari Sumetera dan tinggal telah di Johor iaitu di Masai selama beberapa tahun.

Almarhumah dipanggil Che Puan Halimah sejurus selepas berhijrah dengan suami di Teluk Intan dan Taiping di negeri Perak. Almarhumah telah membuka tanah dan penempatan di sana. Almarhumah juga seorang yang berpengaruh dan memegang kuasa kepimpinan di daerah kediamannya yang baru di Perak.

Almarhumah dibesarkan dalam kalangan keluarga pembesar, keluarga diraja dan orang kaya di Indonesia. Keluarga Almarhumah memiliki banyak kuda peliharaan. Kedua orang tua Almarhumah mendidik dan membesarkan puterinya dengan sifat kepimpinan, keagamaan dan kemasyarakatan. 

Almarhumah puteri yang gemar menaiki kuda semasa keluar bertemu masyarakat. Almarhumah memiliki sifat pengetua, berani, jati diri, berdikari dan suka membantu orang lain. 

Setelah berkahwin Almarhumah masih disayangi oleh masyarakat, menjalankan kebajikan kepada masyarakat dan membantu keluarga, sahabat dan masyarakat.

Sumber: 

Che Normah Che Sulaiman, ibunda kami yang juga merupakan cucunda kepada Almarhumah Raden Mas Amah.





1 comment:

Anonymous said...

Good job

KELAS MATEMATIK ONLINE

  KELAS MATEMATIK ONLINE Ibu Bapa & Pelajar, Kelas telah bermula, hantar permohonan dan mendaftar semula sekarang. Kelas Matematik Onl...