Biodata Ringkas
Pengalaman Sebagai Tentera Darat
Tuan Zulkifi Hj Mat Isa dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1946. Ayahnya bernama Haji Mat Isa bin Osman manakala ibunya bernama Hajah Puteh binti Osman. Beliau adalah anak ketiga daripada 8 orang adik beradik.
Sejurus selepas menamatkan persekolahan menengah, beliau telah memohon pekerjaan sebagai seorang tentera darat. Minatnya yang mendalam untuk menjadi seorang tentera berputik di bangku sekolah lagi. Akhirnya beliau telah mendapat tawaran untuk mengikuti latihan ketenteraan sebagai prebet tentera darat Malaysia ketika berusia 17 tahun.
Kelebihan yang ada pada beliau dalam komunikasi, berbahasa Inggeris, kepimpinan, pentadbiran dan memiliki sifat disiplin yang tinggi, professionalisme, tanggungjawab, keberanian dan keupayaan untuk memberi arahan dan mengurus unit memberinya peluang untuk kenaikan pangkat dalam organisasi dan jabatan. Bermula sebagai prebet atau rekrut, beliau telah ditawarkan jawatan sebagai seorang Sarjan dan pada masa yang sama dipanggil untuk bertugas menjaga keselamatan di hutan dan sempadan negara seperti Sabah, Sarawak serta negeri-negeri di Semenanjung semasa berkhidmat dalam pasukan tempur di bawah 16 Kor dan Rejimen tentera darat Malaysia.
Kebolehan berbahasa Inggeris dan memimpin semasa berkhidmat sebagai Sarjan telah membuka peluang kepada Tuan Zulkifi untuk menerima tawaran kenaikan pengkat sebagai Pegawai Waran di Mindef, Sungai Besi Kuala Lumpur untuk bertindak sebagai penghubung penting antara pegawai dan anggota lain.
Setelah lebih 30 tahun memimpin regimen, melalui proses kenaikan pangkat dan bertugas menjaga keamanan di perbatasan negara akhirnya beliau membuat keputusan untuk menamatkan tugasnya dalam tentera darat dan memulakan hidup baru bersama pasangan isteri dengan membuka perniagaan sendiri.
Atas jasa beliau kepada negara, Tuan Zulkifli pernah dipilih oleh MIDA atau Malaysia Investment Development Authority untuk mewakili Malaysia dan menyertai delegasi usahawan SME ke University Dublin, Ireland.
| Bersama Tuan Zulkifli Hj Mat Isa dan Puan Che Normah Hj Sulaiman |
No comments:
Post a Comment