"Hajjah you are Malaysian, Alhamdulillah...Malaysia Firdaus, Malaysia Jannah,..."
Inilah kalimah yang membanggakan saya sebagai jemaah haji Malaysia. Kata-kata karomah ini keluar daripada seorang peniaga lelaki tempatan dalam usia pertengahan umur sebuah kedai pakaian di Madinah. Kunjungan ke kedai tersebut adalah bertujuan mencari kain tudung untuk kupakai sewaktu hari keberangkatan pulang ke tanah air. Seperti biasa setelah selesai solat fardu dan sunat di Masjid Nabawi, saya akan berjalan-jalan sambil melihat barang-barang keperluan bilik, jajan, biskut untuk dimakan sewaktu senggang, air jus dan ole-ole untuk ahli keluarga dan sahabat.
Pemilik kedai dan beberapa pembantu dia menjemput saya masuk ke kedai kecilnya. Saya bertanya jika ada tudung labuh berwarna putih, saya mahukan sehelai yang berwarna putih, ada kata salah seorang pembantu. Kami saling mencari, akhirnya saya nampak sehelai tudung berwarna putih yang tergantung di sebuah kaunter. Rupanya ia adalah mini telekung, alhamdulillah ia melebihi daripada apa yang dijangka dan diharapkan. Tanpa berfikir saya terus mengambilnya dan ingin membayar. Sewaktu membayar saya memohon dengan pemilik kedai jika dia sudi memberi harga diskaun. Saya katakan saya akan terbang balik ke Malaysia esok. Mendengar perkataan Malaysia, dia bingkas bangun dan berdiri lalu mengarahkan juruwangnya memberi 50 peratus potongan harga kepada saya, seraya menyebut "Malaysia Firdaus, Malaysia Jannah...!"
Pengalaman ini adalah sebahagian daripada beberapa pengalaman rohani yang saya alami sewaktu berhaji. Madinah meninggalkan seribu pengalaman rohani yang hanya boleh diceritakan kepada yang mahu memahami.
Nota: Bahagian kedua akan dikongsi kelak
![]() |
| MINA CAMP |
![]() |
| MASJIDIL HARAM |
![]() |
| JAMRAT COMPLEX |
![]() |
| ARAFAH CAMP |
![]() |
| MINA CAMP |
Berita WIGTA
Haji 1447H/2026M
Jun 2026
Admin
www.wigtamalaysia.org
Penghargaan:
Sumber & Video
#Hajj2026 #haji2026 #KT54 #muharam #klia







