HAJJ 2026: "Hajjah, Malaysia is Good, Malaysia, Madani...MasyaAllah, Malaysia Firdaus, Malaysia Jannah,..."


Inilah kalimah yang membanggakan saya sebagai jemaah haji Malaysia. Kata-kata karomah ini keluar daripada seorang peniaga lelaki tempatan dalam usia pertengahan umur sebuah kedai pakaian di Madinah. Kunjungan ke kedai tersebut adalah bertujuan mencari kain tudung untuk kupakai sewaktu hari keberangkatan pulang ke tanah air. Seperti biasa setelah selesai solat fardu dan sunat di Masjid Nabawi, saya akan berjalan-jalan sambil melihat barang-barang keperluan bilik, jajan, biskut untuk dimakan sewaktu senggang, air jus buah-buahan dan ole-ole untuk ahli keluarga dan sahabat.

Pemilik kedai dan beberapa pembantu dia menjemput saya masuk ke kedai kecilnya. Saya bertanya jika ada tudung labuh berwarna putih, saya mahukan sehelai yang berwarna putih, ada kata salah seorang pembantu. Kami saling mencari, akhirnya saya nampak sehelai tudung berwarna putih yang tergantung di sebuah salah sebuah rak pakaian di pintu masuk kedai. Rupanya ia adalah mini telekung, alhamdulillah ia melebihi daripada apa yang dijangka dan diharapkan. Tanpa berfikir panjang saya terus mengambilnya dan ingin membayar. Sewaktu membayar saya memohon dengan pemilik kedai jika dia sudi memberi harga diskaun. Saya katakan saya akan terbang balik ke Malaysia esok. Mendengar perkataan Malaysia, dia bingkas bangun dan berdiri lalu mengarahkan juruwangnya memberi 50 peratus potongan harga kepada saya, seraya menyebut "Malaysia is Good, MasyaAllah....Malaysia Firdaus, Malaysia Jannah...!"

Pengalaman mendapat pujian daripada warga tempatan, pekerja Masjidil Haram & Masjid Nabawi, staf hotel tempat penginapan jemaah haji serta pemilik kedai-kedai berhampiran adalah sebahagian daripada beberapa pengalaman rohani yang saya alami sewaktu berhaji. Madinah meninggalkan seribu pengalaman rohani yang hanya boleh diceritakan kepada yang boleh memahami.


Nota: Bahagian kedua akan dikongsi kelak




MINA CAMP



MASJIDIL HARAM



JAMRAT COMPLEX


MINA CAMP

ARAFAH CAMP




Haji 1447H/2026M
Jun 2026


Lebih 200 Jemaah Haji KT054 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz Madinah tiba dengan selamat di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Sepang. Pesawat Amal dari Malaysia Airlines membawa jemaah haji mengambil masa lapan jam penerbangan tiba di KLIA tepat pada pukul 10pm waktu Malaysia, Rabu, 17 Jun 2026.

Kami mengucapkan selamat pulang ke tanahair kepada Ybrs Puan Hajjah Tetty Henney Zulkifli, Presiden & Pengasas WIGTA yang merupakan sebahagian daripada Jemaah Haji KT054.

Kami juga mendoakan agar beliau sihat dan sejahtera serta sepanjang melakukan amalan rukun & wajib haji diberkati juga beroleh haji mabrur.

Hubungi untuk maklumat lanjut.

Admin
www.wigtamalaysia.org


Penghargaan:
Sumber & Video

#Hajj2026 #haji2026 #KT54 #muharam #klia

No comments:

FEATURED POST CHOICE

Leadership Talk: Leading By Example

Leading By Example Written By: Mdm Tetty Henney , 2023 YBhg Madam Hajjah Tetty Henney Zulkifli, 2023 Currently, I am the Founding President ...