Ditulis oleh: Hjh Tetty Henney Zulkifli
Che Sulaiman aka Tok Leman
Pada sekitar 1980an, saya masih di bangku sekolah menengah. Ketika itu saya sering bertanya bonda, dari manakah asal usul saya, siapa nenek moyang saya dan apakah kaitan kita dengan kesultanan raja-raja Melayu Malaysia. Berikut sedikit biografi ringkas almarhum almarhumah nenda daripada leluhur ibu saya untuk saya berkongsi kepada adik beradik, sepupu, anakanda serta cucu cicit sebelah bonda kami. Semoga perkongsian bermanfaat.
Nama sebenar beliau ialah Raden Soeliman bin Abbas atau lebih dikenali sebagai Tok Leman di kalangan kami anak cucunya.
Ayahandanya, Abbas merupakan anak seni dan aktif dalam permainan wayang kulit.
Almarhum Tok Leman merupakan datuk atau nenda kami dan Ayahanda kepada Che Normah, anakanda sulung dan ibunda kami.
Almarhum sempat mendapat pendidikan tinggi di Perak hingga ke Darjah Tujuh atau Tingkatan 6 sekarang. Almarhum Tok Leman juga seorang yang pakar dalam sejarah Melayu, kesusasteraan Melayu, minat menulis dan arif dalam bahasa.
Almarhum Tok Leman telah mengembara dari Sumatera ke Perak semasa kecil bersama Bondanya Raden Mas Amah dan ayahandanya serta adik beradik yang lain.
Almarhum Tok Leman pernah menjadi salah seorang pembantu kepada Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, DYMM Sultan Azlan Syah ketika usia masih muda dan telah berkahwin. Beliau telah berkahwin dengan Syarifah (Che Su) binti Syed Mahmood (dipercayai sebagai Jamallullail) iaitu nenda saya. Sewaktu berkhidmat dengan Almarhum Sultan Azlan, nenda Tok Leman telah pun mempunyai seorang anak iaitu bonda saya Che Normah. Bonda saya telah menceritakan bagaimana setiap hari ayahandanya berbasikal untuk pejabat di Istana Perak. Pernah ayahandanya membawa bonda saya ke pejabat dan sempat diperkenalkan kepada Almarhum Sultan Azlan. Bonda saya berkata bahawa Almarhum sangat penyayang kepada kanak-kanak apatah lagi anak kepada kakitangan rapat termasuk nenda Tok Leman yang berkhidmat dengannya ketika itu. Almarhum Sultan Azlan kenal lah dengan bonda saya yang ketika itu masih di bangku sekolah rendah.
Mengenang salasilah, Raden Soeliman atau Tok Leman ialah anakanda lelaki sulung Raden Mas Amah dan Abbas, salasilah darah kepada Adinegoro dan Brawijaya - yang juga mempunyai pertalian dengan Raden Muhammad Ainul Yakin melalui ibunya Dewi Sekar. Kadu - lebih dikenali sebagai Raden Sunan Giri - salah satu majlis 9 orang kudus di Jawa.
Kisah tentang Allahyarham Almarhum Raden Soeliman atau biasa kami panggil Tok Leman oleh anak cucu diceritakan daripada ibu saya, anak sulungnya, Che Normah dan kepada saya Che Tetty Henney Zulkifli, cucunya sejak kecil.
Hanya pada awal tahun 2000-an, saya mempunyai kesungguhan untuk mencari dan mula mencari salasilah beliau. Terima kasih kepada En Nik Zafri Abdul Majid dan Haji Idris Alimuda atas usaha mereka yang mengambil masa lama untuk membantu saya.
Sumber: Tetty Henney Zulkifli Geni.Com
Kami tidak akan bertanggungjawab akan kekeliruan dan salah faham sekiranya memuat turun maklumat dan teks asal yang kami temui.
Raden Mas Amah
Al Fatihah
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ
ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا
ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ
عَلَيْهِمْ
وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
Nama sebenar ialah Raden Mas Amah aka Che Puan Halimah.
Almarhumah adalah bonda kepada Che Sulaiman. Lahir daripada keluarga bangsawan dan keluarga diraja Indonesia sebelah bonda dan ayahanda.
Almarhumah adalah moyang kepada kami lebih dikenali sebagai Raden Mas Amah di kalangan ahli keluarga tanah kelahirannya di Indonesia. Almarhumah bersama suami telah berhijrah dari Sumetera dan tinggal telah di Johor iaitu di Masai selama beberapa tahun.
Almarhumah dipanggil Che Puan Halimah sejurus selepas berhijrah dengan suami di Teluk Intan dan Taiping di negeri Perak. Almarhumah telah membuka tanah dan penempatan di sana. Almarhumah juga seorang yang berpengaruh dan memegang kuasa kepimpinan di daerah kediamannya yang baru di Perak.
Almarhumah dibesarkan dalam kalangan keluarga pembesar, keluarga diraja dan orang kaya di Indonesia. Keluarga Almarhumah memiliki banyak kuda peliharaan. Kedua orang tua Almarhumah mendidik dan membesarkan puterinya dengan sifat kepimpinan, keagamaan dan kemasyarakatan.
Almarhumah puteri yang gemar menaiki kuda semasa keluar bertemu masyarakat. Almarhumah memiliki sifat pengetua, berani, jati diri, berdikari dan suka membantu orang lain.
Setelah berkahwin Almarhumah masih disayangi oleh masyarakat, menjalankan kebajikan kepada masyarakat dan membantu keluarga, sahabat dan masyarakat.
Sumber:
Che Normah Che Sulaiman, ibunda kami yang juga merupakan cucunda kepada Almarhumah Raden Mas Amah.
Kami tidak akan bertanggungjawab akan kekeliruan dan salah faham sekiranya memuat turun maklumat dan teks asal yang kami temui.
Sumber Salasilah:
Che Normah Che Sulaiman, ibunda kami yang juga merupakan cucunda kepada Almarhumah Raden Mas Amah.
Kami tidak akan bertanggungjawab akan kekeliruan dan salah faham sekiranya memuat turun maklumat dan teks asal yang kami temui.
1 comment:
Good job
Post a Comment