Thursday, November 9, 2023

SUCCESSFUL PEOPLE IN MALAYSIA 5TH EDITION, 2023












 





















Dedicate to My Children, Believe In Yourself!

Saya bertanya kepada Editor Britishpedia, 'Bagaimana boleh kenal dan jumpa nama saya...?'

Editor Kanan menjawab, 'Saya search nama Mdm Tetty, nama ini sering muncul dalam pencarian Google. Madam famous, kami beritahu Chief Editor Mdm Tetty layak untuk kita temubual...'

Editor menjawab lagi, 'Banyak sumbangan Mdm Tetty pada masyarakat, You have served very long, Mdm juga banyak membantu orang ramai khusus kebajikan kaum wanita...' 'Yes very long since 1991 I started my charity work in Kelantan...'saya menyahut dalam Bah Inggeris.

Seketika saya terdiam, termenung dan bercampur perasaan. Suka duka dan bangga semua ada di kotak fikiran ketika sesi temubual secara online dalam Bah Inggeris dengan wartawan Britishpedia.

Setelah selesai sesi temubual, saya berangkat ke Mekah untuk menjalankan tanggungjawab rukun Islam ke lima. Alhamdulillah pengaturan Allah ke atas perjalanan hidup saya maha sempurna.

Selepas balik dari Mekah saya dipanggil oleh Britishpedia untuk menerima Sijil Penghargaan dalam majlis penyerahan yang sangat bermakna dan menjadi catatan hidup saya. Sekali lagi saya rasa bersyukur diberi usia dan kesihatan untuk hadir menerima Sijil Penghargaan. Saya bawa bersama orang kuat dalam hidup, iaitu suami saya.

Perkongsian saya ini diharap menjadi inspirasi dan motivasi kepada wanita seangkatan usia dan generasi muda. Saya sudah berusia, saya seorang nenek kepada dua cucu yang sedang membesar. Usia bukan halangan untuk mencapai cita-cita.

Bukan senang dan bukan juga payah untuk berjaya. Saya bersungguh dalam mencapai apa dihajati. Kesungguhan saya diiktiraf oleh orang dekat dengan saya iaitu suami saya. Kedua ialah anak-anak saya, mereka membesar dalam jagaan saya tanpa pengasuh dan pembantu rumah. Bayangkan kesukaran saya untuk mencapai matlamat peribadi pada masa sama menjaga dan memelihara kebajikan suami dan anak-anak.

Saya bersyukur, anak-anak saya tidak membebani saya, pandai berdikari, malah menjaga sendiri anak-anak mereka. Mereka bijak dan suka memerhati, mereka pelajari daripada saya.

Panjang lagi kisah di sebalik kejayaan saya. Sekadar ini sahaja boleh dikongsikan. Hubungi saya untuk sesi temubual, mendapat khidmat nasihat atau berkongsi masalah dengan saya secara online. Saya sudi melapangkan waktu untuk berkongsi ilmu.

Doakan saya, semoga sihat selalu 
🙏

YBrs Hajah Tetty Henney Zulkifli, Penerima Anugerah

#tettyhenneyzulkifli #wigta #nomaswoconsult #successfulpeople #successfulpeopleinmalaysia #encyclopedia #wanita #inspirasi #wanitaidola #woman #idol #nona #ibu #britishpedia #ibu #idola #mentor #berjayanomaswo #inspirasi


No comments:

KELAS MATEMATIK ONLINE

  KELAS MATEMATIK ONLINE Ibu Bapa & Pelajar, Kelas telah bermula, hantar permohonan dan mendaftar semula sekarang. Kelas Matematik Onl...